Thursday, January 3, 2013

Saturday, December 29, 2012

Resepi: Kiwi & Strawberry Shake

Apa khabar semua?

Kali ini, saya kembali semula dengan suatu resepi shake Herbalife yang baru agar minuman shake kita dapat dipelbagaikan, dan mengurangkan rasa jemu menikmati shake yang sama setiap masa. =)

3 scoop rata F1 Vanilla
1 scoop rata F3
250ml susu segar / soya
1/2 cawan strawberry (frozen atau segar) (jika ingin lebih rasa strawberry, boleh juga tambah mengikut sesedap rasa)
1 biji buah kiwi yang masak (juga boleh ditambah mengikut sesedap rasa)
Beberapa titik hirisan lemon
Beberapa kiub ais

1) Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar.
2) Kisarkan kesemuanya sehingga hancur.
3) Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Saturday, June 9, 2012

Ramadhan bakal menjelma..apa persediaan anda untuk berpuasa?

Kini tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja untuk kita menemui bulan mulia, Ramadhan insyaAllah - jika Allah mengizinkannya.

Kedatangan bulan Rejab dan Syaaban ini seharusnya kita sambut sebagai persediaan kita dalam menemui bulan Ramadhan. Iya, peluang untuk kita kembali berpuasa sebulan penuh insyaAllah. Tujuan utama pastinya untuk membersihkan kembali rohani dan spiritual kita (sungguhpun seharusnya dibuat sepanjang masa dan bukan hanya menunggu pabila Ramadhan tiba), namun kita tidak dapat menolak akan keberkatan bulan Ramadhan yang merupakan sebaik-baiknya bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Selain itu, berpuasa memang tidak dapat disangkal merupakan suatu cara terbaik dalam memperbaiki sistem penghadaman dalaman manusia. Mana tidaknya, perut dan anggota penghadaman manusia bekerja sangat kuat sepanjang tahun, siang dan malam. Ada kalanya memang tanpa henti, kasihan sungguh pada mereka!

Source: Google
Jadi, peluang berpuasa untuk tempoh sebulan ini sangat baik. Sememangnya Allah SWT yang telah menciptakan kita manusia ini dari awal sudah tahu akan sifat dan tabiat manusia dalam soal pemakanan. Oleh itu, usah ponteng puasa ya?! =D

Apa persediaan anda?

Bagi yang sudah mempunyai kesedaran sedari awal, sehari demi sehari sudah pun mula berpuasa; lebih-lebih lagi dalam 2 bulan ini iaitu semasa Rejab dan Syaaban memunculkan diri. Peluang praktis berpuasa sunat, selain mereka yang menggantikan puasa di pecutan terakhir haruslah dipuji. Maklumlah, sudah hampir 10 bulan lebih tidak berpuasa; bimbang tercungap-cungap dan mengah untuk berpuasa apabila Ramadhan datang!

Bagi kami, sememangnya menggalakkan untuk anda mencuba dan menjadikan shake sihat Herbalife sebagai menu utama anda. Ya, manusia lebih-lebih lagi kita orang Melayu sememangnya sukar untuk memisahkan diri daripada makan nasi. "Tak makan nasi sehari tak keruan lah hidup ni!," dialog biasa kita dengar. Saya juga pernah begitu. Mengambil herbalife bukanlah bermakna untuk menolak semua nasi dan lauk-pauk tradisional orang Melayu - menolak rezeki namanya tu! Cumanya kita mengambil berat tentang makanan yang kita kunyah dan hadam setiap hari. Selain mengambil makanan yang halal, kita sebagai seorang Islam juga diunjurkan untuk mengutamakan yang Toyyiban. Halal & Toyyiban.

Jika berminat untuk mencuba produk shake sihat Herbalife ini, usah segan dan malu untuk hubungi kami di sini =)