Monday, July 12, 2010

# Sarapan Sihat

Apa yang kita ambil untuk sarapan pagi tadi?

"Nasi lemak ayam goreng dengan kopi o panas.."
"Roti canai telur dengan teh tarik mamaklah.."
"Telur separuh masak.."
" Mee goreng basah dengan telur goreng.."

Sedap betul hidangan sarapan setiap hari kita. Saya juga begitu. Tapi itu masa dahulu, sebelum saya diperkenalkan dengan nutrisi selular. Kini, tidak lagi ;)

Secara amnya, corak pemakanan sarapan pagi kita terbahagi kepada 3 jenis:-

(i) Sarapan pagi berunsurkan karbohidrat (Carb-based breakfast)

Setiap pagi, hidangan berunsurkan karbohidrat ini akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.

Kesannya; paras gula dalam darah akan menurun dan menyebabkan kita makan lebih banyak makanan berunsurkan karbohidrat.

Kadar putaran seperti ini akan berulang 2-3 kali dalam sehari; yang mana akan menganggu organ kita seperti pankreas untuk berfungsi sebaiknya. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, berat badan naik secara mendadak dan juga penyakit darah tinggi.

(ii) Tidak mengambil sarapan pagi (Skipped breakfast)

Bagi mereka yang memilih untuk tidak bersarapan, paras gula dalam darah akan menurun secara mendadak sehingga di bawah paras normal. Ini kemudiannya mengakibatkan anda berasa sangat lapar dan tidak bertenaga. Kesannya, badan akan respon untuk mengambil karbohidrat untuk mengatasi rasa lapar dan keletihan yang dirasai.

Karbohidrat yang diambil ini
akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.

Kesannya juga sama seperti mereka yang mengambil sarapan pagi berkarbohidrat.


(iii) Sarapan pagi sihat (Healthy breakfast)

Bagi mereka yang mengambil sarapan yang seimbang, akan membekalkan cukup nutrisi penting untuk kesemua organ badan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula dan insulin dalam badan. Ini membuatkan badan kita lebih respon mengatakan anda sudah kenyang dan tidak lagi memerlukan makanan ringan yang tidak sihat seperti snek, coklat dsb.

Kesannya, badan akan membakar kalori dan menghasilkan tenaga daripada lemak-lemak dari tubuh badan kita. Dan, ini dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Yea!

Jadi bagaimana..anda kini termasuk dalam golongan yang mana?

Saya kini telah bertukar kepada sarapan yang sihat dengan mengambil nutrisi selular Herbalife sebagai sarapan utama setiap pagi. Herbalife Shake yang cukup vitamins dan mineral memang benar-benar membantu memberikan tenaga yang saya perlukan setiap hari.

Kini pilihan di tangan anda. Usah berfikir lagi, jom sama-sama sihat seperti saya dan keluarga! ;)

No comments:

Post a Comment