Thursday, September 2, 2010

# Bahaya obesiti terhadap kanak-kanak (Bhgn 2)

Sumber: google
Selain yang disebut dalam entri sebelum ini, kanak-kanak obese juga turut menyebabkan beberapa masalah lain kepada organ badan yang lain seperti paru-paru, jantung dan hati.
(5) Paru-paru
Lemak berlebihan pada bahagian perut dan dada akan menolak bahagian peparu dan boleh menyebabkan organ peparu kanak-kanak ini sukar untuk mengembang atau mengepam untuk menerima oksigen. Ini menyebabkan kanak-kanak obese ini mudah berasa mengah dan tercunggap-cunggap sungguhpun mereka hanya berdiri setempat sahaja.
Mereka juga lebih berisiko antara 2-5 kali lebih tinggi untuk mendapat masalah tidur (sleep apnea) Ini berlaku apabila tidur mereka akan terganggu apabila bahagian tisu tebal dalam tekak dan leher melengkung. Kesannya, oksigen akan kurang disalurkan ke bahagian otak dan menyebabkan kemampuan konsentrasi pembelajaran dan tumpuan akan mudah terganggu pada kanak-kanak obese ini.

(6) Hati

Kesan obesiti pada hati kanak-kanak ini adalah seperti dalam gambar sebelah

(7) Jantung

Apabila berat badan berlebihan, kandungan darah dalam badan juga turut bertambah. Ini akan memaksa jantung untuk mengepam lebih banyak darah untuk disalurkan ke seluruh badan. Lama-kelamaan apabila otot jantung menebal akan menyebabkan ia makin sukar untuk mengepam.

Obesiti juga secara tidak langsung akan mengubah struktur jantung dan kadar fungsinya. Dalam sesetengah kes, saiz otot jantung dan atrium kiri akan membesar bagi kanak-kanak yang gemuk ini. Ketidakseimbangan atrium kiri ini akan menganggu kemampuan jantung untuk berfungsi sebaiknya. Kadar pengempaman jantung bertambah selari dengan pertambahan kadar darah yang dipam keluar.

Kesannya, mereka mudah terdedah untuk mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan juga sakit jantung pada usia muda. Bagi mengurangkan kadar risiko penyakit ini, mereka terpaksa bergantung pada ubat-ubatan (sumber dadah) sejak kecil atau mungkin untuk seumur hidup.
Kesimpulannya, adalah penting untuk kita turut mengawal corak pemakanan anak-anak sejak mereka kecil bagi pertumbuhan yang lebih sihat dan kesihatan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment