Wednesday, February 16, 2011

# Turun berat badan selepas bersalin

Kebanyakan ibu-ibu mengalami masalah berat badan naik mendadak dan sukar menurunkannya kembali selepas bersalin. Saya juga mengalami masalah sedemikian. Malah berat badan saya naik agak mendadak iaitu sebanyak 3-4 kg setiap bulan pada trimester 1 dan jumlah kenaikan melebihi 20kg! Selepas bersalin, hanya 10kg sahaja yang mampu turun. Ini bermakna kenaikan berat memang kebanyakannya tertumpu kepada diri sendiri.


Namun demikian, sebagai ibu yang baru melahirkan, kita seharusnya sedar bahawa pengorbanan selama 9 bulan mengandungkan anak sangat bernilai. Usah merasa tertekan untuk segera menurunkan berat badan usai sahaja melahirkan anak. Kita perlu ingat bahawa kita telah mengambil masa 9 bulan mengandung dan 'mengumpul lemak dan berat badan' dan tidak mungkin untuk kita berjaya 'menghilangkan' lemak dan berat berkenaan dalam masa yang sangat singkat.

Bagi mereka yang menyusukan anak, sudah pastinya pemakanan seharian seharusnya dijaga demi untuk mendapatkan dan menghasilkan susu yang secukupnya buat bayi. Usah tergesa-gesa untuk terus diet dan mengambil pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini adalah kerana tindakan kita menyusukan anak mampu membakar kalori yang agak tinggi iaitu sebanyak 500kcal sehari.

Namun demikian, bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi, pemakanan seimbang juga perlu dititikberatkan demi untuk proses penyembuhan luka selepas bersalin. Diet untuk menurunkan berat badan masih boleh diamalkan dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta mengambil makanan dalam kuantiti yang kurang berbanding biasa.

Produk Herbalife Nutrisi Selular ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung, melahirkan apatah lagi menyusukan. Kandungan nutrisi yang lengkap sangat sesuai untuk semua peringkat umur insyaAllah.

Ibu baru seperti anda berminat untuk mencubanya? Hubungi saya sekarang untuk dapatkan hasil yang berkesan dan optimum!

No comments:

Post a Comment